eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ainul semangat ‘sembang’ dengan nenek, mencuit hati

Ainul Mardhiah, yang kini dilihat semakin membesar dan sihat selepas daripada pembedahan membuang tumor di bahagian mulutnya.

Saban hari, rakyat Malaysia ternanti-nanti mengenai perkembangan baru adik Ainul. Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook bapanya, Ahmad Safiuddin, telah memuat naik foto aktiviti harian Ainul.

Awal pagi ajak nenek keluar beborak

Antara rutin harian adik Ainul adalah bermain dan meluangkan masa bersama nenek di luar untuk mengambil udara segar. Melihat keletah Ainul yang comel dan semakin membuatkan ramai meluahkan rasa syukur.





Menurut bapanya, kebiasaannya Ainul memang akan bangun di awal pagi dan menghabiskan masa dengan bermain bersama ahli keluarganya yang lain.

Semoga adik Ainul terus sihat serta boleh menjalani kehidupan dengan ceria seperti anak-anak yang seusianya.

sumber : Ahmad Safiuddin