Semalam ,pastinya satu hari yang sangat meletihkan buat seorang bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila seharian berada di mahkamah Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan berhubung pertuduhan yang dihadapinya.
Namun begitu, seusai hukuman dijatuhkan, beliau telah pulang ke kediaman dan bertemu dengan beberapa ahli parlimen PAS yang datang menziarahi beliau bagi memberikan sokongan.
Ahli Tertinggi PAS ziarah Najib
Menerusi muat naik di akaun Facebook rasmi Najib, terlihat Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Dato Takiyuddin Hassan datang pada lewat malam demi menziarahi ahli parlimen Pekan itu.
Sahabat susah senang
Dalam perkongsian itu juga, Najib sempat mecoretkan kata-kata bermakna buat para sahabatnya yang masih setia meyokong walaupun beliau berada dalam keadaan sukar ketika ini.
“Sahabat sejati bukan sahaja mereka yang bersama ketika susah atau senang.
Tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita
Sahabat yang sejati sukar ditemui
Jika di sisi, saya hargai dan saya tahu itulah anugerah Allah SWT.”
Sumber: Najib Razak