eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Alya Iman Mengaku Putus Tunang Dengan Laki Orang ,Lepas ‘Kantoi’ Isteri Pertama Tak Restu

Anak kepada pelakon lagenda, Azmil Mustapha, iaitu Alya Iman ,19,  sehingga kini terus dikecam netizen, selepas dia didakwa sebagai perosak rumah tangga kerana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Menjelaskan perkara sebenar, Alya menerusi laporan di Media Hiburan memaklumkan dia dan lelaki tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan telah pun bertunang pada 27 Februari lalu.

Ingatkan isteri pertama dah restu
Dia bersetuju untuk meneruskan hubungan dengan lelaki yang sudah mempunyai dua cahaya mata itu, kerana dimaklumkan telah mendapat restu daripada isteri pertama lelaki berkenaan, untuk menerimanya sebagai madu.

“Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua…”
Isteri pertama tak tahu laki curang

Namun, sangkaannya meleset selepas ternyata, hubungan dia dan lelaki itu sebenarnya tidak diketahui dan tidak disukai oleh isteri pertama, membuatkan dia mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangan pada Mac lalu.

“Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawasannya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut…

Alya minta maaf

Menurut Alya dia menganggap segala yang berlaku adalah ujian dalam hidupnya, dan memohon maaf kepada mana pihak-pihak yang tersinggung dengan apa yang telah berlaku.