eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kes Baharu Meningkat Kembali, Jumlah Positif Mencecah 39 Kes Covid-19

Sebentar tadi, pihak KKM telah memaklumkan bahawa kes positif baharu Covid-19 telah bertambah agak mendadak berbanding semalam.

Kes meningkat agak mendadak

Dilaporkan 39 kes baharu dengan 28 kes melibatkan warga tempatan dan 11 kes import dilaman sosial KKM. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kematian dilaporkan dan 6 kes dibenarkan discaj daripada wad kerana sudah sembuh.



Dua kluster baharu dilaporkan

Dalam pada itu, pihak KKM memaklumkan terdapat dua kluster baharu melibatkan Kluster PUI Sivagangga di Kedah dan juga Kluster Satok di Sarawak.

Oleh hal yang demikian, seluruh rakyat Malaysia diharap dapat terus mematuhi SOP ditetapkan kerajaan agar tiada sebarang penularan pendemik ini kembali seperti yang berlaku kira-kira beberapa bulan yang lepas.

KitaJagaKita.

Sumber: KKM