eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kucing Berkelakuan Baik Ketika Mandi “Ingat dia penguin ke?”

Siapa yang memiliki haiwan ini sebagai haiwan peliharaan pasti sangat arif dengan situasi ketika ingin membawa binatang tersebut untuk dimandikan. Ada sahaja karenah haiwan itu jika dibawa ke bilik mandi.

Malah ada di antara kita yang sanggup terkena cakaran demi memastikan haiwan kesayangan berada dalam keadaan bersih setelah seharian berada di luar.

Namun lain pula dengan keletah kucing ini! Seorang lelaki yang dikenali sebagai @HafiyFathil telah berkongsikan sebuah gambar dimana terdapat seekor kucing yang sedang mandi.



“Dia ingat dia penguin ke?” kata lelaki itu menerusi laman media Twitter. Manakan tidak, kucing yang berwarna gelap itu berdiri diam seakan-akan penguin walhal sedang dimandikan.

Jika kucing yang lain pasti akan meronta minta untuk dilepaskan namun tidak pada kucing terbabit bahkan haiwan itu tidak dipegang langsung oleh tuannya seperti sudah biasa dengan keadaan terbabit.

Sumber: TWITTER