eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Polis Kesan Individu Tak Ikut SOP Guna CCTV,Penganjur perhimpunan akan dipanggil

Ketiadaan langsung penjarakkan sosial seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan telah memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memberi amaran keras kepada mereka semua.

Panggil penganjur perhimpunan

Oleh sebab itu, menerusi Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor telah memaklumkan bahawa akan memanggil penganjur perhimpunan tersebut bagi mendapatkan keterangan kerana tidak mematuhi SOP.


Kesan melalui CCTV

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut akan mengesan individu yang terlibat dalam perhimpunan di mahkamah semalam melalui CCTV Mahkamah Kuala Lumpur berikutan telah menerima laporan berhubung perkara tersebut.

Semalam, perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur kecoh apabila ratusan penyokong Najib Razak bersesak bagi sama-sama mengetahui keputusan berkenaan pertuduhan yang dikenakan kepada beliau berhubung isu SRC International.

Selepas hampir seharian pertuduhan dibacakan, pihak mahkamah telah mensabitkan bahawa Najib bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda sebanyak RM210 juta kerana menyalahgunakan kuasa dan pengelewengan dana berkaitan SRC International.


Sumber:Bernama