eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Video ‘Promo’ Mira Filzah , “Dah Macam filem Bollywood…”

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman yang semakin mendapat perhatian ramai dalam industri hiburan tanah air.

Rasanya ramai mengetahui bahawa Mira Filzah juga merupakan seorang usahawan dimana pada tahun lalu dia telah mengeluarkan produknya sendiri yang diberi nama Luna Skin.

Walau bagaimanapun, tidak disangka-sangka dia melancarkan pula produk terbaru iaitu lipstick Lunalips yang kini sedang menjadi bualan hangat peminatnya dilaman Instagram.

Walau bagaimanapun, menjenguk ke laman Instagram pengarah terkenal Michael Ang ternyata Mira Filzah turut dipuji warganet apabila pengarah tersebut ada berkongsikan satu rakaman video kepada umum.

Michael Ang melalui kapsyen mengucapkan tahniah buat selebriti tersebut untuk pelancaran lipstick terbarunya dan sempat bertanya mengenai video promo dikongsikan ini.

“Salam Jumaat semua. Congrats to Mira Filzah and @luna.skinzhq on launching lipstick Lunalips! Siapa nak beli boleh pergi ke @luna.skinzhq. Cantik tak video promo ni? Hehehe luv u all n stay safe.” Ujar Michael Ang.



Menerusi video yang membuatkan selebriti itu juga berterima kasih kepada pengarah tersebut, rata-rata diruangan komen meninggalkan pelbagai reaksi positif disamping memuji kecantikan Mira Filzah

Sumber:MICHAEL ANG