eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aeril & Wawa Bina Masjid RM1.2 juta untuk orang kampung

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merancang bagi membina sebuah masjid pada awal tahun depan yang boleh memuatkan kira-kira 700 jemaah.

Menurut laporan sinarplus, keputusan membina masjid di kampung halaman aktor tersebut di Johor itu dibuat selepas terkesan dengan ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad. ,

“Pada awalnya, Wawa mendengar ceramah daripada Ustaz Abdul Somad mengenai tiket ke syurga. Ustaz tersebut berkata, jika ada wang binalah masjid untuk saham akhirat kita.

“Jadi Wawa cadangkan kepada saya dan kami sebelum itu ada bercadang untuk membina banglo di Bangi. Tapi Wawa kata tak mengapa perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah,” katanya.

Tampil dengan produk terbaru Wawa Cosmetics Edisi Glam Raya, Aeril berkata hasil keuntungan produk tersebut akan menjadi dana pembinaan masjid itu yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

“Saya kira masjid ini bukan daripada kami, sebaliknya pembeli produk ini adalah insan sama yang turut menyumbang untuk pembinaan masjid ini.

“Apa yang saya harapkan, masjid ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung kelak,” tambahnya yang tiada niat bersikap riyak

Sumber : sinarplus