eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Ye kak dia takde fon dah belas tahun” Ozlynn dedah Johan tiada telefon

Seperti biasa, pasangan ini sentiasa menjadi perhatian peminat apatah lagi menerusi Instagram milik mereka berdua yang menggunakan nama Jozlynnhanania telah diikuti 4.8 juta folowers dimana rata-ratanya menjadikan mereka sebagai inspirasi dalam membesarkan anak-anak.


Menerusi perkongsiannya bersama sekeping foto dua orang anak perempuannya ini turut mencuit hati warganet namun apa yang menjadi perhatian peminat dan pengikut apabila dia turut memberitahu dalam kapsyen Instagram bahawa suaminya tidak mempunyai telefon dan hanya mengunakan telefonnya.


“Reaction bila ko tengah rancak borak ngan kengkawan tetibe laki ko bangun dan jawap fon jaoh jaohhhh. Sape macam tu?? Ngaku cepat…

“Aku sebab laki takde fon… dia pakai fon aku jek, so kengkawan game yang ajak bertarung tengah malam tu jangan lupa, text korang masok aku yang pantau dulu…” ujarnya.


 Gara-gara perkongsian itu, rakan selebriti turut tertanya-tanya mengenai telefon dan dalam pada masa yang sama, Ozlynn juga tidak cepat melatah dengan pertanyaan ramai dan menjawabnya kerana Johan tidak keluar dengan kawan-kawan.

“Suami yang baik”
Sumber: INSTAGRAM JOZLYNHANANIA