eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku 2

Berbaki Episod akhir isnin ini , drama yang menjadi bualan hangat warganet kini hampir menamatkan siarannya. Biarpun 7 Hari Mencintaiku yang ditayangkan kini adalah musim kedua, namun drama ini tetap menjadi trending saban hari di laman sosial.

Mungkin inilah yang dikatakan penangan 7 Hari Mencintaiku. Tambahan pula drama ini dibintangi oleh pelakon berbakat dan hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi.

Keseluruhannya memiliki 33 episod, drama yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama ini adalah hasil penulisan Siti Rosmizah dan 7 Hari Mencintaiku 2 juga adalah hasil garapan pengarah hebat Jamal Khan.

Apa-apa pun menerusi perkongsian dari pelakon-pelakon drama ini di media sosial, teaser dua episod terakhir 7 Hari Mencintaiku 2 nampaknya lebih sedih dari sebelumnya.




sumber:youtube