eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sofi kongsi Video ‘deleted scene’ Bikin Peminat Kecewa

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini ternyata berjaya mencetuskan fenomena sama seperti musim pertama yang ditayangkan beberapa tahun lalu. Mewarnai kaca televisyen pada Isnin hingga Jumaat di siaran TV3 membuatkan pelakon-pelakon drama tersebut juga menjadi fenomena dilaman sosial.

Antaranya juga pasangan dalam drama 7 Hari Mencintaiku musim kedua seperti Sofi dan Helmi dimana kedua-dua watak terbabit dibawakan oleh Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly.

Penangan watak dilakonkan oleh Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly juga nampaknya disukai peminat drama tempatan apabila keserasian mereka mencetuskan reaksi-reaksi positif ramai.

Ternyata, lakonan mereka berhasil mendapat perhatian umum selepas pasangan watak Mia Adriana dan Khuzairi. Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan peminat kecewa juga selepas melihat dua babak mesra Sofi dan Helmi ini dipadam.

Dalam berkongsikan video ‘deleted scene’ melalui perkongsian dilaman sosial Instagram, posting Wan Sharmila tidak disangka-sangka mengundang pelbagai reaksi ramai.


Mana tidaknya, babak sweet kedua-dua pelakon itu membuatkan peminat ‘cair’ melihat keserasian mereka sehingga posting tersebut juga meraih ribuan tanda suka dalam masa yang sekejap. 

 sumber: WAN SHARMILA