eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

432 Kes Hari Ini, Kes Tertinggi Sejak Wabak Covid-19

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 432 kes positif termasuk 429 kes tempatan (409 warganegara dan 20 bukan warganegara) dan 3 kes import yang dilaporkan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, jumlah kumulatif terus meningkat kepada 12,813 kes dengan mencatatkan jumlah aktif sebanyak 2336.


Perkara ini dilaporkan melalui laman Facebook dan Twitter rasmi KKM sebentar tadi. Setakat hari ini 5 Oktober 2020 terdapat 57 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 10340 kes.


Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 137 kes. Daripada jumlah kes aktif Covid-19, KKM mengesahkan seramai 32 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 8 pesakit memerlukan bantuan penafasan.


sumber:KKM