eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Cik B Dapat Pujian Warganet Minggu Kedua 'Letop 'Lagi

 


Minggu pertama yang berlangsung pada 18 Disember lalu membuatkan nama Cik B menjadi buah mulut orang ramai kerana kemunculannya dalam kumpulan A.B.C berhasil membuatkan penonton dan warganet terhibur.

Untuk info, Muzikal Lawak Superstar 2 ini dapat ditonton pada setiap hari Jumaat pada jam 9 malam di Astro Warna dimana pada musim kedua ini memaparkan 14 kumpulan bertanding.

Nampaknya selepas minggu pertama namanya menjadi sebutan dilaman sosial, pada minggu kedua juga tak kurang lucunya apabila Cik B sekali lagi berhasil membuatkan penonton dan peminat terhibur apabila persembahannya juga antara yang dinanti-nantikan.




Namun begitu, persembahan Cik B bersama kumpulan A.B.C mendapat respon baik peminat apabila perkongsian di Instagram Astro Gempak, Cik B mendapat ratusan komen positif warganet yang dikatakan gelagatnya membuatkan mereka ketawa.