eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Jep Sepahtu jawab soalan-soalan netizen, selamba pulak ‘skip’ Dia

 

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu tidak dinafikan mempunyai ramai peminat malah tidak jemu warganet mengikuti perkembangannya. Meskipun sudah lama tidak memasuki pertandingan lawak di kaca televisyen, namun peminat seronok melihatnya menerusi rancangan Sepahtu Reunion Live 2020.



Sedia tahu juga, Jep Sepahtu merupakan salah seorang penyampai radio Sinar dan terbaharu dia perlu menjawab beberapa persoalan yang diutarakan kepadanya dan terdapat juga soalan mengenai pertandingan lawak yang rasanya sudah agak lama dia tidak sertai.

Walau bagaimanapun, dia dengan tenang menjawab dengan memberitahu bahawa dia memberikan peluang untuk kumpulan lawak lain yang akan menyambung perjalanan lawak.

Dalam pada masa yang sama, persoalan mengenai rambut yang dahulunya pernah panjang dan baginya ia bergantung kepada dirinya. Namun begitu, ada-ada sahaja gelagat lucu Jep dan dalam video ini juga tak terkecuali apabila satu soalan ini pula dia tidak menjawab.

“Ada satu soalan Jep skip dan pilih tak nak jawab…”



sumber:jep