eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Episod Akhir Drama Cinta Sekali Lagi , Penonton Tidak Puas Hati Kesudahan Amani

 

Drama slot Akasia, Cinta Sekali Lagi telah pun melabuhkan tirainya malam tadi. Sebuah drama mengenai Amanda (Nelydia Senrose), Fahad (Saharul Ridzwan), Amani (Hannah Delisha) dan ramai lagi. Ceritanya mengisahkan mengenai Amani yang sering cemburu dengan kakaknya sendiri, Amanda.


Amani yang sangat tamak berkahwin dengan seorang lelaki yang disangkakan kaya, namun tidak berpuas hati. Disebabkan itu dia cemburu dengan kakaknya dan mahu memiliki abang iparnya sendiri. Amani menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan rumahtangga kakaknya sendiri dan pelbagai lagi perkara jahat yang dilakukannya.




Disebabkan itu watak Amani dalam drama ini menjadikan penonton geram menyaksikan kejahatan yang dilakukannya. Dalam episod akhir Cinta Sekali Lagi ini watak Amani berakhir dalam satu kemalangan selepas menerima balasan atas perbuatannya. Manakala Amanda dan Fahad kembali bersatu demi anak-anak mereka.

 

Disebabkan pengakhiran watak Amani ini, penonton yang menyaksikan episod akhir Cinta Sekali Lagi tidak berpuas hati.