Gelagat Ibu Kucing Tawarkan Anaknya Untuk Digoreng Bikin Geli Hati - Keli Merah -->

Seperti manusia, ibu kucing juga sangat over protective terhadap anak-anaknya. Sifat keibuan agresif dalam ibu kucing adalah perkara biasa. Hormon menyebabkan kebanyakan mamalia mengembangkan naluri perlindungan terhadap keturunannya.

Jadi tidak hairanlah apabila kita cuba untuk berinteraksi dengan anak-anak kucing yang masih di bawah jagaan ibu mereka, ibu kucing akan berdesis dan mencakar. Malah kucing yang berasa seolah anak-anaknya tidak selamat boleh membunuh anak-anak mereka sendiri.

Mungkin itulah yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular ini apabila seekor kucing menawarkan anaknya yang masih kecil untuk dimasak.

Dalam video yang tular itu, seekor kucing rumah berwarna putih melihat terdapat kuali yang diletakkan di atas lantai bersama beberapa biji bawang di dalamnya.

Seolah-olah faham kegunaan kuali itu, dia kemudian pergi sebelum kembali sambil menggonggong seekor anaknya di mulut.

Kucing itu kemudian memasukkan anaknya ke dalam kuali itu seperti menyuruh tuannya untuk memasak anaknya itu.

Pemilik kucing itu meletakkan semula anaknya di tempat mereka dan berkata dia tidak boleh makan anak-anak kucingnya.

Jadi kucing itu kembali dengan anak kucing lain, membuat ramai geli hati. 

Gelagat Ibu Kucing Tawarkan Anaknya Untuk Digoreng Bikin Geli Hati

Load Comments

Notifications

Disqus Logo