eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Komen Zizan “Jodoh Ajal Maut Bukan Urusan Kita” Selepas KAMAL ADLI Melamar UQASHA SENROSE

 

Semalam telah berlangsungnya majlis Anugerah Meletop Era 2020 yang menampilkan Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Zizan Razak sebagai pengacara. Dalam acara ini satu segmen dimana Kamal Adli telah melamar Uqasha Senrose secara langsung.

Tular seantero media sosial dengan acara lamaran tersebut dan ramai yang mengucapkan tahniah dan tidak menyangka pelakon Kamal Adli akan melamar Uqasha Senrose secara langsung dalam majlis tersebut.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai apabila jurukamera tidak terlepas peluang merakamkan reaksi Zizan Razak ketika momen itu berlangsung. Zizan Razak kelihatan tersenyum sambil menyaksikan Kamal Adli melamar Uqasha Senrose tersebut.

Biarpun begitu menerusi laman Instagram pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara ini, Zizan Razak meluahkan mengenai warganet yang mempertikaikan mengenai jodohnya yang masih belum sampai. Berikut adalah luahan mengenai jodoh Zizan Razak yang dikongsikan itu:


Memetik sebahagian luahannya itu, Zizan Razak berkata:

“Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia…”

Apa-apa pun luahan mengenai jodoh Zizan Razak ini telah meraih lebih 43 ribu likes dan ribuan komen dari warganet yang meluahkan kata-kata semangat buatnya.

“Bersabarlah pikir yang baik2 dapat yang baik2”


sumber:ZizanRazak