eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Akhirnya Budak 5 Tahun Bersama Bapanya Yang Juga Positif Covid-19 Di HKL

 


Semalam, tular satu video di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan bernama Saffiya yang disahkan positif Covid-19. Video itu mengundang sebak warganet kerana budak tersebut berseorangan menaiki ambulans.

Bercerita lanjut mengenai kisah sedih itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Hariyati Ariffin telah memuat naik satu posting di laman Facebook berkongsi kisah mengenai kanak-kanak yang berusia lima tahun itu.

Alhamdulillah Ditemukan


Hariyati merupakan nenek kepada Saffiya menceritakan cucunya itu telah bertemu dengan bapanya yang juga disahkan positif Covid-19.

Tambahnya lagi, menantunya itu sebelum ini menjalani kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) tetapi dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk disatukan dengan puteri sulungnya itu.

“Akhiranya Saffiya ditemukan dengan ayahnya Muhamad Ifwan yang juga positif Covid-19 di HKL. Menantu saya dipindahkan dari pusat kuarantin di MAEPS ke HKL untuk bersama-sana anak sulungnya Saffiya,” tulisnya.

Selain itu, dia juga berkata cucunya itu sebelum ini ada menyatakan bahawa tidak takut untuk menaiki ambulans kerana dia mahu bertemu bapanya yang sudah lama tidak dapat berjumpa.

Hariyati juga sempat meluahkan rasa terima kasih dan bersyukur kepada semua pihak yang telah banyak membantu mereka sekeluarga.

“Terima kasih pada semua pihak yang telah banyak membantu untuk menempatkan cucu dan menantu saya di HKL,” katanya.