Cik B Jadi Pramugari -"Ni Pakai Kebel Ke" ? ,Tak Sangka Ada Plot Twist - Keli Merah -->

Persembahan daripada kumpulan ABC dalam Muzikal Lawak Superstar 2020 saban minggu sering dinanti-nantikan oleh para penonton. Mana tidaknya, gandingan Achok dan Chiwan (Chilok) bersama Cik B sering saja tampil membawakan sketsa lawak yang penuh dengan kelainan tersendiri. Tak kurang hebatnya, semalam mereka sekali lagi berjaya menambat hati juri.

Haritu Bawak Watak Sendiri.. Tapi Harini Bertemakan Pramugari Pulak

Bertemakan sketsa di tempat kerja, kumpulan ABC telah membuatkan dewan gamat dengan gelak ketawa para penonton. Jika sebelum ini Cik B berjaya membuat ramai pecah perut setelah meniru watak ibunya sendiri Datuk Seri Vida, siapa sangka remaja berusia 16 tahun itu tampil pula sebagai seorang pramugari kapal terbang.

Ada Plot Twist Rupanya Nak Ending Tu ..Berjaya Rebut Gelaran Mingguan

Walhal, penampilan sebagai pramugari itu sekadar lakonan untuk menggembirakan seorang warga emas yang dibawakan oleh Chiwan. Hasil plot twist yang bernas itu menerima komen cukup positif daripada Dato’ Awie selaku juri tetap. Malah pemenang juara mingguan ini juga dipuji berjaya mempersembahkan sketsa lebih baik daripada yang sebelumnya.

Kalau Ada Pramugari Macam Si Maria Ni , Confirm Penumpang Main Fon Insaf

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan persembahan berkenaan. Malah, mereka juga seakan tidak sabar untuk melihat apa lagi idea-idea yang bakal dilakonkan untuk minggu akan datang.

Cik B Jadi Pramugari -"Ni Pakai Kebel Ke" ? ,Tak Sangka Ada Plot Twist

Load Comments

Notifications

Disqus Logo