eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Anak Lelaki Jep Sepahtu Dah Besar, Foto Dikongsi Sari Yanti Raih Perhatian

 


Keluarga bahagia ini seringkali menjadi perhatian peminat apabila Sari Yanti yang turut aktif dilaman Instagram berkongsi aktiviti dilakukan mereka bersama dan terbaharu, pelakon jelita ini memuat naik momen mereka ‘berpicnic’ dirumah.

“Berpicnic kami tadi. Alhamdulillah. This is love of my life”

Ternyata momen bahagia pasangan itu bersama anak-anak mengundang reaksi seronok peminat melihat mereka namun dalam pada masa yang sama, perkongsian Sari Yanti dengan foto dua orang anak lelakinya membuatkan warganet meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen.

Menerusi perkongsian foto Acit dan Idir, Sari Yanti menerima pujian warganet bahawa kesemua anak-anaknya mempunyai wajah kacak dan cantik sepertinya.

Walau bagaimanapun, foto anak lelaki Jep Sepahtu itu turut membuatkan peminat dan pengikut terkejut melihat Idir yang sudah besar kerana merasakan begitu cepat masa berlalu.


Ternyata puluhan komen juga ditinggalkan warganet selepas melihat wajah anak lelaki Jep Sepahtu terbaru itu yang sudah semakin besar selepas dilahirkan pada Jun tahun lalu sehingga diberikan ribuan tanda suka.

Sumber:sariyanti