eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bapa Ini Tujukkan Cara Untuk Elakkan Bayinya Dari Menangis Buat Ramai Terpegun “Tips berguna…”

 

Menjaga bayi yang masih kecil dan cuba untuk memenuhi kehendak mereka agar mereka sentiasa selesa dan tidak menangis adalah tugas yang cukup sukar buat ibu bayi sendiri yang mempunyai naluri semula jadi untuk memahami bayi mereka, inikan pula bapa.

Namun bapa yang penyabar dan komited dalam menjaga bayi mereka lama kelamaan pasti dapat mempelajari juga tabiat bayi mereka.

Itulah yang dapat dilihat dalam sebuah perkongsian bapa dari TikTok ini yang mempelajari perkara baru tentang anaknya.



Dalam video yang tular di Twitter itu, lelaki tersebut yang dilihat sedang mendukung anak perempuannya berkata peraturan pertama dalam cara untuk menjaga bayi adalah sentiasa berdiri atau berjalan mundar mandir apabila mendukung bayi.

Dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan terfikir untuk duduk ketika mendukung bayi mereka kerana perkara itu akan membuat bayi menangis, sambil mendemonstrasikan aksi itu sendiri yang membuat anaknya menangis.

Bapa itu juga akhirnya mempelajari cara untuk mengelak anaknya dari menangis apabila dia mendukung bayinya sambil duduk.

Sebaik dia melihat anaknya membuka mulut untuk menangis apabila dia duduk di kerusi, lelaki itu terlebih dahulu merengek dan membuat bising untuk mengalihkan perhatian anaknya.

Gelagat lelaki tersebut yang cuba untuk memahami sikap anaknya membuat ramai yang cair.