eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Buat Laporan Palsu Dirogol, Pelakon Drama Pendek Di YouTube Didakwa


Tiba-tiba kecoh di media sosial mengenai seorang pelakon drama pendek di  YouTube, Nor Hafizah Shamsuddin didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bahru hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang berusia 31 tahun berhadapan dua pertuduhan pemerasan dan membuat laporan palsu mengenai kejadian rogol, pada Disember lalu namun mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memeras ugut seorang lelaki yang berusia 29 tahun sehingga mengundang ketakutkan dan akan melaporkan kepada polis bahawa lelaki itu merogolnya.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Bukan itu sahaja, pertuduhan kedua pula Hafizah didakwa memberi maklumat palsu kepada anggota polis bahawa dia telah dirogol oleh lelaki sama dengan seorang lagi lelaki yang berusia 21 tahun.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Peguam tertuduh, Riduan Ismail meminta jaminan yang minimum kerana anak guamnya seorang suri rumah dan perlu menjaga empat anak berusia 10 tahun, lapan, tiga dan dua tahun selain suami yang hanya berniaga.