eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Anak Perempuan Mengadu Sakit Kepala, Tapi Reaksi Emaknya Bikin Terhibur!

 


Sudah menjadi lumrah apabila kebanyakkan anak akan mengadu sakit kepada kedua ibu bapa mereka. Tidak kiralah sama ada demam, sakit kepala, selesema, batuk dan sebagainya, mereka tetap akan memaklumkan kepada ibu bapa atas faktor selesa. Namun berbeza pula dengan reaksi kebanyakkan mak-mak terutamanya di Malaysia ini apabila anak mereka mengadu sakit.

Menerusi rakaman yang dimuat naik , emak kepada gadis itu telah memberikan bebelan sebaik sahaja gadis itu memaklumkan dirinya mengalami sakit kepala. Perkara lebih melucukan apabila bebelan emaknya itu tidak henti-henti sambil menggunakan intonasi yang menghiburkan.



“Tadi. Tadi mummy dah tunjuk panadol atas tu. Suruh makan panadol ingat tak? 

Aku dah cakap dah. Aku cukup hangin betul la dengan orang tak dengar kata ni. Orang dah cakap dah. Kat almari hitam tu ada acti-fast. Makan dulu. Degil!”, begitulah bebelan emaknya ketika mereka menaiki kereta. Ternyata keadaan tersebut telah membuatkan satu kereta itu terhibur dengan ‘ucapan’ emaknya.