eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Cantik Penghantar Makanan ,Nekad Jadi Rider Foodpanda Tarik Perhatian Ramai

 


Penghantar makanan wanita di Malaysia agak jarang kelihatan tetapi hakikatnya ada. Wanita kini mampu untuk melakukan segala kerja asalkan mendatangkan rezeki yang halal.

Farah Nur Syifa, 20, memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan (Foodpanda) sejak habis praktikal.

Lebih mesra dipanggil Fafa, pada awalnya pekerjaan ini sekadar sambilan tetapi memandangkan waktu sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dia membuat keputusan untuk melakukan sepenuh masa.

Fafa, 20, berkata, walaupun kerjaya itu didominasi kaum lelaki, ia tidak mematahkan semangatnya mencari rezeki sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai penghantar makanan.

Katanya, ramai pelanggan terkejut dan janggal ketika dia menghantar makanan kerana kebiasaannya penghantar makanan adalah lelaki.

“Alhamdulillah sepanjang bekerja ni tak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan,” katanya.

Tambah pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Terapi Kecantikan ini berkata dia gembira dapat bertemu dengan berbagai bangsa dan umur pelanggan yang rata-ratanya memberi layanan yang baik.

Gadis berasal dari Ipoh, Perak itu berkata pada awalnya, ibu bapanya bimbang dengan keselamatannya sebagai penghantar makanan, namun dia membuktikan boleh menjaga diri dan sentiasa mengambil langkah keselamatan semasa menunggang.

Katanya, pada zaman ini, remaja tidak boleh memilih pekerjaan dan sebagai kaum wanita perlu berani meneroka pelbagai bidang.

“Saya sering mengikuti konvoi kapcai bersama kumpulan LC Super Spirit dan kali terakhir mengikuti kembara itu pada 5 Januari lalu.


“Pengalaman yang menyeronokkan, pelanggan tak kira bangsa dan umur. Mereka ‘sporting’, ada yang bagi duit raya dekat saya.

“Paling seronok apabila pelanggan faham masa kita lambat hantar sebab kedai makan tengah ramai orang.

“Alhamdulillah, masa puasa haritu ada pelanggan sedekahkan air untuk saya berbuka. Masa tu tinggal dua minit lagi nak berbuka. Rasa dihargai sebagai ‘rider’ dan barisan hadapan (frontliner),” kata Fafa.

Dalam pada itu, mempunyai wajah yang cantik membuatkan Fafa tidak terlepas daripada diganggu oleh kaum Adam.

“Kadang-kadang tu ada ja tapi saya tak layan. Kalau nombor tak kenal, saya akan layan jika dia pelanggan perniagaan saya.

“Bukan hanya satu kerja saya buat, ada beberapa lagi yang saya sertai sebagai ejen. Saya juga tolong ibu jual laksa mee pangkor, setiap hari saya akan hantar di sekitar Ipoh,” katanya menutup perbualan.