Suami tahu saya geli sangat dengan ulat tapi dia baling juga kena kat tangan
Menerusi rakaman pendek yang dikongsikan di Instagram Puan Hajar Hanif, dia mengakui sangat takut kepada ulat namun tidak sangka Encik Suami telah membaling binatang kecil berkenaan hingga terkena pada bahagian tangannya. Dek kerana terlalu geli, dia yang meluru masuk ke dalam rumah dilihat tercegat lalu menangis teresak-esak meskipun sudah dipujuk.