Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew cukup dikenali dengan sifat dermawan dan kerendahan hatinya.
Saban hari, apabila tular di media sosial berkenaan musibah atau kesusahan yang menimpa rakyat tanpa dipanggil, sudah tentu dia akan menjadi individu pertama tampil menyampaikan bantuan
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membelanja Ebit dan ‘team’ menikmati juadah ikan patin Temerloh sewaktu menjalankan misi bantuan bencana banjir di Pahang.
Beliau berkongsi pertemuan bersama Seri Paduka menerusi sebuah posting di laman sosial Facebook dan Instagram miliknya.