eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kapsyen Panjang Jep Sepahtu Pula Bikin Tergelak Bila Rahim Tergolek Di Atas Padang

 


Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu dan Rahim merupakan antara yang aktif bermain bola sepak bersama pasukan mereka sehingga beberapa kali menjadi perhatian apabila suami kepada pelakon, Sari Yanti itu turut berkongsikan mereka bermain diruangan Instagram peribadinya.


Terbaru, perkongsian Jep Sepahtu mengenai pemainan bola sepak bersama pasukan mengundang gelak ramai apabila dia memuat naik satu rakaman video Rahim yang terjatuh ketika bermain.

Walau bagaimanapun, Jep yang ada-ada sahaja gelagat lucunya membuatkan warganet terhibur apabila dia menulis kapsyen lucu apabila melihat rakannya itu bermain bola namun lain pula yang jadi.

Melalui perkongsian keduanya pula, sempat dia berseloroh kerana tidak mengetahui punca rakannya terjatuh di atas pandang.

“Maaf semua, pihak kami masih lagi mencari dan menganalisis punca pemain kami jatuh tanpa sebab. Ada cakap-cakap kosong mengatakan yang dia tengah high.

“Ini dikuatkan lagi dengan penemuan gam uhu ditempat duduk pemain simpanan. Persoalannya sekarang adalah… dia tu kenapa??”





Sumber: Jep