Dek kerana menggunakan nombor plat motosikal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, seorang remaja lelaki telah didenda oleh pihak polis untuk mencabut kembali stiker tertera ‘Bossku’ berkenaan serta merta.
Dia yang seperti ketakutan apabila ditahan tidak berhenti menangis di sisi kenderaannya, sekaligus membuatkan pihak berkuasa bertambah seronok untuk mengusik.
Siap Sakat Cakap Nak Gari..Makin kuat Meraung Sampai Tahap Kena Pujuk
Bukan itu sahaja, seorang anggota polis yang bertugas turut berseloroh ingin menggari pemuda berkenaan dan membawanya ke balai. Saat mendengar usikan, remaja tersebut meraung sekuat-kuat hatinya sehingga memaksa beberapa anggota lain memujuknya kembali dengan lembut.
Sumber: jejakasederhana