eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Keluarga Angkat Sedih Kanak-kanak Maut Didera Ibu Kandung Selepas Dipulangkan

 


Sejak semalam tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemui maut terlangkup didalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah, Melaka.

Terdapat juga kesan lebam di badan mangsa dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Keluarga angkat sedih dan terkejut

Disebalik tragedi tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tuhfah Naziha Tarmidi menzahirkan rasa  sedih apabila  mangsa yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi, 7 yang pernah menjadi adik angkatnya meninggal dunia dibawah jagaan ibu kandung.

Hal tersebut berikutan kanak-kanak tersebut baru sahaja diserahkan semula kepada ibunya selepas 6 tahun dijaga keluarga angkat.



Betul-Betul  sudah berpisah

Selepas diserahkan kembali kepada keluarga kandung, mereka sudah jarang berhubung dan kini Tuhfah Nazihah memaklumkan pemergian adik angkatnya amat menyedihkan kerana meninggal dunia buat selamanya.

Ketika ini, dia sudah berada di Melaka bagi menziarahi jenazah allahyarham sebelum dikebumikan.


Terdahulu,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak terbabit didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badannya.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.