Dapat menonton perlawanan bola sepak di stadium sememangnya satu pengalaman yang seronok dan meriah kerana kita dapat menyokong pasukan kegemaran bersama beribu-ribu penyokong lain, selain turut dapat menyaksikan pemain beraksi secara dekat.
Itulah yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular ini di mana dua orang rakan sedang menonton perlawanan bolak sepak di stadium bersama penonton-penonton lain.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan salah seorang dari lelaki itu yang kerap membisikkan sesuatu di telinga rakannya.
Dia melakukan perkara itu kerana rakan baiknya itu cacat penglihatan dan tidak dapat melihat apa yang sedang berlaku di atas padang, jadi rakannya menceritakan setiap gerak geri pemain kepadanya.Respect, Seorang pria menemani sahabatnya yang tunanetra menonton pertandingan sepakbola. Lihat bagaimana pria ini melengkapi kekurangan sahabatnya..Video: apocalypto.beatz pic.twitter.com/59v258C05M— Kegoblogan.Unfaedah (@kegblgnunfaedh) January 18, 2021
“Persahabatan sejati…”