eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wajah Mengalami Kecacatan Kekal ,Wanita Ini Tetap Cantik Di Hari Pernikahan

 


Masyarakat mempunyai pilihan dalam memilih pasangan hidup sama ada dari segi rupa, harta, akhlak mahupun agama. Namun, mengukur kecantikan seseorang tidak akan menjamin apa-apa kerana kecantikan hanyalah sementara

Berikutan itu, hanya insan yang berhati ikhlas mampu menerima pasangannya kerana hati dan akhlak. Sama juga dengan kisah seorang wanita dan pasangannya dari negara jiran kita yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Rakaman video yang dimuat naik oleh seorang wanita @ayuqua13 bersama suaminya semasa hari pernikahan mereka membuatkan para warganet terharu dan gembira. Menerusi video yang berdurasi beberapa saat itu, sudah cukup mengambarkan keikhlasan si suami terhadap dirinya yang didakwa mengalami kecacatan kekal pada wajah ekoran insiden enjin bot.


@ayuqua13

#zoommyface #fypã‚· #foryoupage #fypindonesia #fypgakni #fypdongggggggg #foryoupageofficiall #fyppage #fyp ##nikahmuda #nikah nikah

♬ Pipipi Calon Mantu (Remix) - DJ Opus

 Kecantikkan semakin terserlah apabila wajahnya disolekkan oleh jurusolek yang merupakan rakan sekolahnya. Solekan yang dikenakan berjaya menaikkan seri pengantin wanita itu sehingga membuatkan wanita berkenaan bertambah yakin dengan dirinya terutamanya pada hari pernikahan tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat pasangan pengantin tersebut bahkan tumpang gembira apabila wanita yang bernama Ayu itu telah berjumpa pasangan hidup yang mampu membahagiakan serta menerima kekurangannya.


@ayuqua13

#fyp #nikah #nikahmuda #fyppage #foryoupageofficiall #fypdongggggggg #fypgakni #fypindonesia #foryoupage #fypシ #fypbali 🥺 pertama kali d buatkan alis

♬ original sound - 🇮🇩 Ayuuu_


Sumber: ayuqua13