Moment indah dan suasana sepanjang majlis perkahwinan pastinya sangat mustahak untuk dirakam memandangkan ia bakal menjadi kenangan untuk tatapan hari tua kelak. Selain bersanding atas pelamin, babak di meja makan beradab juga antara detik yang paling bermakna terutamanya kemesraan pengantin.
Jurugambar minta pengantin posing sambil suap aiskrim…isteri makan sikit sebab nak cover
Baru-baru ini, sebuah video tentang gelagat sepasang pengantin di meja beradab yang dimuat naik oleh @intanadan1 menerusi TikTok telah mencuri perhatian ramai. Sepadan mengenakan persalinan berona biru, kedua-duanya diminta untuk melakukan beberapa pose ketika menjamu selera. Sambil pengantin lelaki menyuapkan aiskrim, isterinya dilihat makan dengan kadar sikit dan sopan saja.
Tapi belum sempat turn isteri nak suap…suami terus ‘ngap’ sampai clear
Namun lucunya belum sempat juadah itu bertukar tangan, pengantin lelaki selamba masukkan aiskrim itu ke dalam mulutnya dan habis sekelip mata. Gelagatnya ternyata sempoi habis dan langsung tidak cover macho seperti pengantin-pengantin lain.
@intanadan1 Takmau gelak sorang 😂 #fyppppppppppppppppppppppp
♬ bunyi asal - IntanNorafiesya 💕