eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pernah DiKutuk Ketika live,Kini Lepas Disolek Seperti Selebriti Terus Meletop..

 


Beberapa minggu lepas seorang gadis TikTok telah mencuri tumpuan orang ramai apabila dia dicemuh ketika melakukan video live di laman perkongsian video TikTok.

Dalam video tersebut, gadis bernama Sobah Rajaai itu sedang melakukan tutorial solekan, namun dia diserang oleh pengguna-pengguna lain yang mencemuh dan menghina rupanya.

Tangkapan skrin komen-komen negatif yang dilontarkan kepada gadis itu ketika merakamkan video livenya dikongsikan di Twitter sehingga meraih simpati ramai.


Ekoran daripada kisah berkenaan yang tular, beberapa individu yang terlibat dalam aktiviti buli siber itu telah tampil meminta maaf, dan gadis tersebut juga telah memaafkan semua yang mengecamnya.




Di samping itu, baru-baru ini pula Sobah juga telah dipanggil untuk sesi photoshoot di sebuah studio di mana dia disolek dan didandan secara profesional.




Sumber: Yan