eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pakai Baju Yang Sama 100 Hari ,Wanita Ini Tekad Tidak Beli Baju Baru

 


Mana mungkin kita akan memakai pakaian yang sama sehingga berhari-berhari warna dan jenis yang sama,sudah tentu kita akan berasa malu dan sengan kerana pasti ada diantara yang mengenali akan menegur pakaian kita.

Namun lain pula bagi seorang wanita ini beliau memutuskan untuk menggunakan pakaian yang sama selama 100 hari dalam satu cabaran fesyen yang disertainya

Sarah Robbins-Cole telah memakai sehelai dress Rowena berwarna hitam miliknya yang sama selama 100 hari berturut-turut dan cabaran itu membuatkan dia tekad untuk tidak membeli baju baru lagi.

Dia memakai pakaian itu untuk kerja, ketika keluar bersiar-siar, apabila bersantai di ruang tamu malah pada hari Krismas juga.

Wanita berusia 52 itu memutuskan untuk menyertai cabaran tersebut dalam usaha untuk menyelamatkan planet.


Dalam cabaran itu, peserta dibenarkan membasuh dan mengeringkan pakaian ketika waktu tidur, tetapi dalam waktu mereka berjaga, mereka perlu memakai pakaian yang dipilih untuk dipakai selama 100 hari.

Sesiapa yang dapat menghabiskan cabaran tersebut memenangi baucar bernilai $100, untuk membeli pakaian baru.


Menyertai cabaran berkenaan membuat Sarah sedar bahawa memakai pakaian yang sama setiap hari tidak mengambil apa-apa dari hidupnya.

Selain itu ia juga mengubah cara dia berbelanja dan tentu sekali mengurangkan pakaian yang perlu dicuci.