eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pemuda Luah Rasa Sayu "Saya Jauh,Tak Tau Nak Buat Apa"Teman Wanita Digilis Treler

 


Sekitar dua hari lalu, ramai berduka dengan insiden tragis menimpa seorang gadis yang dilaporkan menemui ajal akibat digilis sebuah treler. Susulan tragedi yang berlaku di Jalan Pokok Mangga, Melaka itu, Nurul Asyikin Razali menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan beberapa anggota badan lain.

Motosikal bergesel dengan treler…sebelum terjatuh & digilis
Awalnya, Asyikin yang juga merupakan pelajar di Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KPTM) dikatakan menunggang motosikal secara sendirian namun tiba-tiba bergesel di bahagian kiri treler tersebut. Allahyarhamah yang berusia 22 tahun itu bagaimanapun terjatuh sebelum digilis kenderaan berat terbabit.



Maaf kerana terlewat…hasrat ingin pimpin tangan juga tak kesampaian

Menerusi Twitter, teman lelakinya bernama Harith turut berduka dengan berita pemergian Asyikin. Meskipun menyedari sudah terlambat, namun dia tetap mengambil keputusan untuk menziarahi pusara buah hatinya. Lebih meruntun jiwa lagi, hasrat untuk memimpin tangan insan yang dicintainya tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dijemput Ilahi.






Terkejut bila dapat berita rupanya kawan sendiri

Dalam pada itu, seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Safiyya mengakui terkejut saat menerima perkhabaran duka tersebut. Menurut gadis ini, Allahyarhamah Asyikin memiliki peribadi yang baik selain turut sangat disenangi ramai.




Sumber : Fiya Safiyya, Twitter _tgharith,