Sesuatu yang agak aneh ditemui di persisiran Pantai Lutong, Miri Sarawak baru-baru ini. Penemuan tangki besar di kawasan pantai itu menjadi tanda tanya ramai. Manakan tidak, bagaimana tangki sebesar itu boleh berada di dalam pasir pantai tersebut?
Penduduk tempatan menemui objek besi tersebut selepas berlakunya hakisan di persisiran pantai tersebut akhir-akhir ini. Objek besi seakan tangki itu bersaiz agak besar dan menimbulkan pelbagai spekulasi.
Menerusi laporan itu juga, Pakar bebas O&G, Joh Hill berkata beliau tidak menolak kemungkinan objek berkenaan adalah turet senjata berputar yang digunakan ketika Perang Dunia Kedua. Namun beliau akui masih menyiasat mengenai penemuan tersebut.
Misteri Tangki besar di persisiran Pantai Lutong Miri. pic.twitter.com/bfCC6pH2S6
— SARAWAK ARITOK (@Sarawak_Aritok) December 29, 2020
Selain dari itu, Jabatan Muzium akan menjalankan kajian lanjut ke atas penemuan itu dan ia dikatakan mungkin stuktur untuk minyak dan gas.
sumber:Twitter