Sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun dilaman Twitter milik @AnimalsWorld dimana terdapat dua ekor katak yang berjaya mencuri tumpuan ramai. Menerusi rakaman terbabit, dua katak itu seperti sedang dibela oleh pemilik dan sedang bersantai di atas sebuah papan.
wait for it... pic.twitter.com/pGU3iAShmn
— Nature & Animals🌴 (@AnimalsWorId) January 25, 2021
Namun, tanpa disangka-sangka salah seekor daripada mereka telah berkelakuan melucukan dimana ia secara tiba-tiba mengetuk kepala rakannya. Situasi itu membuatkan mereka kelihatan seolah-olah sedang bercanggah pendapat sehingga terhasil adegan mengetuk kepala.
Ternyata, gelagat kedua-dua haiwan ini telah mencetuskan gelak tawa warga netizen yang terhibur dengan kelakuan mereka.
Rakaman yang berdurasi selama beberapa saat itu telah mencuri perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 2.7juta tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan setelah ia dimuat naik pada beberapa hari yang lalu.
Sumber:AnimalsWorId