eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ramai Tertipu Lokasi Tarikan Pelancong Ini "Kesian Depa Dah La Mai Jauh"

 


Setelah lama PKP pastinya ramai diantara kita tidak melepaskan peluang untuk pergi melancong ke tempat yang menarik dan cantik untuk ke luar negara mungkin agak sukar pada waktu ini jadi inilah masanya untuk kite pergi ketempat menarik yang ada dalam negara yang peting patuh SOP

Sebuah perkongsian oleh akaun Twitter ini contohnya berkongsikan port OOTD yang tidak diketahui orang ramai yang didakwa terletak di Sungai Petani, Kedah.


Berikutan perkongsian itu, ramai yang mula menyerbu kawasan sawah padi tersebut yang dikatakan berlokasi di belakang Taman Padimas, Sungai Layaq untuk bergambar dengan skulptur haiwan-haiwan gergasi diperbuat dari jerami.

Walau bagaimanapun, beberapa penduduk Taman Padimas berkongsikan di Twitter bagaimana ramai yang datang ke taman mereka untuk melawat tempat tersebut, namun ternyata mereka telah diperdayakan.

“Kesian weh…”



Kawasan sawah padi tersebut sebenarnya adalah sebuah taman hiburan yang terletak di Huay Tueng Thao Lake, Thailand.

Jadi kepada mereka yang ingin berkongsi maklumat apa sahaja pastikan kesahihan sebelum kongsi kepada orang ramai