eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Rider Foodpanda Tidak Lupa ‘Pemberi Rezeki" Solat Tepi Jalan Buat Netizen Tersentuh

 


Solat  merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah, diikuti puasa di bulan Ramadan, membayar zakat serta mengerjakan haji.

Ketika musim pandemik COVID-19 kini, banyak negara terpaksa menutup masjid bagi mengekang penularan virus, maka langkah alternatif yang terpaksa diambil adalah solat di rumah sahaja, sama ada berjemaah bersama keluarga mahupun bersendirian.

Namun baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto seorang penghantar makanan Foodpanda solat di tepi jalan.




Difahamkan, kejadian tersebut dilaporkan dirakam di sebuah lokasi di Filipina.

Foto-foto tersebut dikongsikan di laman Facebook Philippine Star dan tular dengan lebih 50,000 perkongsian.

Kapsyen bagi hantaran foto-foto tersebut tertulis seperti berikut:-

Penghantar makanan Muslim berhenti sebentar di bahu jalan di Jalan Zobel, bandar Manila untuk mendirikan solat fardhu.

Solat ialah rukun kedua dalam Islam, dilaksanakan sebanyak lima kali sehari dan diwajibkan ke atas semua Muslim.


Walaupun penat mencari rezeki di bawah panas terik mentari mahupun hujan lebat, lelaki itu tetap tegar menunaikan perintah wajib tersebut hatta terpaksa solat di tepi jalan sekalipun.

Rakaman foto itu benar-benar menyentuh hati warganet yang melihatnya.

Foto ini mendapat pelbagai maklum balas menarik daripada warganet, khususnya masyarakat Filipina sendiri.