eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sajat Mengaku Dirinya Seorang Lelaki? Selepas Ditahan JAIS

 


Selepas mengambil keputusan untuk berdiam diri mengenai video yang tular di media sosial baru-baru ini, usahawan kosmetik Sajat tampil membuat pendedahan sebenar.

Menerusi IGTV yang dimuat naik di akaun Nursajat23, dia menceritakan kisah sebenar dirinya yang digari oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ditahan di pusat tahanan sementara, Kuala Kubu Bharu minggu lalu.

Menurut video tersebut, usahawan berusia 36 tahun itu mendakwa dirinya ditahan kerana berpakaian seperti wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat yang terletak di Shah Alam pada 2018.



Datang bagi keterangan pada JAIS

Malah, Sajat juga mendakwa mendapat layanan tidak sepatutnya selain dicederakan dan digari sehingga mengalami bengkak selepas bergelut bagi mempertahankan diri.

“Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu bahru.

 

“Sepatutnya surat jamin yang dikeluarkan pihak mahkamah itu dilengah-lengahkan oleh Mahkamah Syariah . Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga,” luhanya.
Selain itu, dia turut memuat naik di Instastory meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan layanan dan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.

Sajat juga mempersoalkan mengenai hukum agama adakah hanya berpandukan cara seseorang berpakaian sahaja?

“Adakah aku seorang kafir?”

Namun, lebih mengejutkan apabila Sajat menulis mengenai dirinya yang mendakwa sudah membuat pembedahan jantina seperti dikecohkan oleh netizen sebelum ini.

Atau mungkin penulisan di Instastory itu sekadar monolog dalaman tentang persepsi orang ramai terhadap dirinya?

“Sebab kau tu ID lelaki”


Pemilik Nur Sajat Gold ini juga meluahkan rasa mahu keluar dari agama kerana sangat tertekan dengan ketidakadilan yang berlaku terhadap dirinya sehingga lupa segala kebaikan dilakukan sebelum ini.

“Aku rasa Islam itu berat. Jika aku keluar agama Islam baru mereka gembira!! Patut ke aku keluar dari agama ku?” ujarnya.

 

Selain itu, Sajat turut berkongsi pandangan netizen yang juga tidak bersetuju dengan layanan yang diberikan oleh pihak JAIS meskipun dia bersalah.

Setiap orang boleh berubah


sumber:Sajat