"Shuk Tolong Matang" -Pernah Dikaitkan Dengan Fara, Kecik Tampil Bersuara - Keli Merah -->

Kisah luahan isteri kepada Shuk Sahar yang mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Fara Salleh turut menarik perhatian bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik.

Buat mereka yang tidak tahu, Kecik atau nama sebenarnya, Mohammad Fauzi Kamarudin sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan Fara.

Menerusi posting di Twitter, Kecik berpesan supaya isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menghadapi keadaan tersebut dengan tabah.

Pada masa sama, Kecik juga meminta supaya Shuk bersikap matang dalam situasi ini.

“Eh jadi pulak? Kecik harap wife shuk dapat harungi semua ni dengan tabah.

“Shuk please matang! Jangan buat para isteri macam ni!” tulisnya.

Terdahulu, Kecik pernah membuat pendedahan yang mengatakan dia pernah menjalinkan hubungan dengan Fara, malah mengaku pernah tinggal serumah.

Biarpun dikecam netizen, penyanyi itu menjelaskan pendedahan yang dibuat itu hanyalah mahu memberi pengajaran kepada orang ramai.

"Shuk Tolong Matang" -Pernah Dikaitkan Dengan Fara, Kecik Tampil Bersuara

Load Comments

Notifications

Disqus Logo