eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tarik Rambut Sendiri Tapi Kemain Meraung,Dengan Mak Ayah Panik

 


Bagi kebanyakan ibu bapa yang mempunyai bayi kecil, mereka sememangnya menyedari akan kepentingan penggunaan dan pemakaian sarung tangan. Di samping berfungsi untuk mengelakkan bayi kesejukan, sarung tangan juga membantu melindungi si kecil daripada mencederakan mukanya sendiri dengan kuku yang tajam. Namun lain pula kejadian lucu yang menimpa seorang bayi ini.

Sampai merah muka, baby meraung tahan perit..

Terbaharu, pengguna TikTok @faz05lin telah berkongsi satu video memaparkan gelagat lucu seorang bayi sedang baring di atas tilam. Berdasarkan rakaman tersebut, dapat dilihat si kecil berkenaan menangis teresak-esak sehingga merah mukanya seakan-akan sedang menahan perit.


Rupanya-rupanya, anak menangis sebab tertarik rambut sendiri

Namun apa yang melucukan adalah situasi itu berlaku gara-gara dia tertarik rambutnya sendiri. Panik melihat keadaan itu, kedua-dua orang tuanya kemudian cuba melepaskan genggaman tangan si anak.



Ala, comelnya.. Tapi kesian juga sebab tu kena pakaikan anak sarung tangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati atas insiden menimpa bayi berkenaan. Di samping itu, mereka turut berpendapat bahawa pemakaian sarung tangan untuk bayi adalah sangat penting. Tidak terkecuali juga yang berkongsi pengalaman sama sewaktu anak mereka masih kecil. Dikongsi sejak beberapa hari lalu, video tersebut telah meraih lebih 100 ribu tontonan