eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telatah Anak Kembar Bila Bapa Tersalah Panggil Nama, “Comelnya!”

 


Adik-beradik kembar seiras atau pun tidak pastinya ada memori yang tersendiri. Bagi kembar seiras pastinya sering membuatkan orang sekeliling keliru dengan mereka. Rupa paras yang hampir sama kadang-kadang ada yang tersalah panggil nama.

Bagi ibu dan bapa serta adik-beradik yang lain mungkin dapat membezakan pasangan kembar. Mungkin sahaja ada sesuatu yang berbeza antara pasangan kembar tersebut. Namun begitu, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan telatah anak kembar bila bapa tersalah panggil nama mereka.

Menerusi video tersebut kedengaran seorang lelaki iaitu si bapa memanggil nama anaknya, Harper. Namun muncul seorang kanak-kanak yang masih kecil memberitahu bapanya yang dia adalah Harper bukan seorang lagi yang ada di dapur.

Telatah anak kecil yang comel ini cuba membetulkan bapanya itu telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah video telatah anak kembar bila bapa tersalah panggil namanya yang dikongsikan 




Alahai comel betul reaksi si cilik ini! Apa-apa pun video tersebut telah meraih lebih 225 ribu tontonan dan 6 ribu retweets serta 13,200 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut: