eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Terkejut Ibu Sampai Menangis Lihat Aksi Anak Nakal -"Korang Jangan Gelak"

 


Menjadi seorang ibu bukanlah perkara yang mudah dan pastinya terpaksa berhadapan dengan perangai anak-anak yang bermacam hal dan selalunya perkara ini berlaku bila adanya anak melebihi seorang pastinya ada sahaja akal mereka untuk buat projek sendiri

Perkara ini dapat digambarkan melalui sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @IBCG dimana terdapat seorang wanita yang kelihatan sedang menangis. Wanita tersebut berkelakuan begitu setelah melihat keadaan kedua-dua anaknya dimana mereka baru sahaja menyelesaikan ‘projek’ tanpa disedari.






Jika dilihat dengan jelas pasti kita akan nampak sesuatu yang tidak kena dengan rambut anak-anak tersebut dan pastinya amat melucukan bila kita dilihat banyak kali.Rupa-rupanya, mereka telah menggunakan sebuah mesin cukur yang dijumpai lalu bekerjasama untuk memotong rambut masing-masing. Hasilnya, potongan tersebut telah membuatkan wanita terbabit menangis terkejut dan dalam pada masa yang sama dia juga terhibur dengan aksi nakal anak-anaknya.


Keadaan itu telah membuatkan rata-rata warga netizen berasa lucu dengan aksi nakal kedua-dua budak terbabit di samping ada yang dapat relate dengan situasi tersebut. Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 28.5 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan setelah ia dimuat naik pada beberapa hari yang lalu. 

Habis rambut budak dua orang ni 


Sumber:Twitter