Aku tak boleh kalau bab mcm ni sumpah bukan nak menunjuk tapi saje nak bagi peringatan kat kita yang muda. Jangan take them for granted. Mcm mana kita buat kat parents kita mcm tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun! Isteri jaga cucu kat rumah. pic.twitter.com/t935KWsBoe
— A I D A . A I D I L (@AidaAidil) February 3, 2021
Menurut gadis berkenaan, dia merupakan pelanggan tetap kepada pakcik berusia 80 tahun itu yang menjual air kelapa menggunakan lori di pinggir jalan di Bandar Puteri, Klang.
Selain itu, Aida juga memberitahu setiap kali dia datang untuk membeli air kelapa, pasti pakcik tersebut akan memakai baju yang sama sahaja.
Justeri itu, dia yang bekerja sebagai pereka telah menempah banting untuk membantu mempromosikan perniagaan pakcik terbabit agar dapat dilihat oleh orang awam yang lalu di sekitar kawasan tersebut.
Semoga pakcik murah rezeki
Semoga rezeki pakcik ni murah dah sentiasa dilindungi dari kesakitan. pic.twitter.com/M5XMcReros
— A I D A . A I D I L (@AidaAidil) February 3, 2021
Sumber: @AidaAidil