Melihat wajah anak yang baru lahir adalah saat yang bermakna dan beremosi bukan sahaja buat si ibu tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Pada waktu inilah kita dapat mengkagumi rupa comel anak yang baru dilahirkan kelihatan tenang ketika mereka tidur.
Walau bagaimanapun terdapat situasi di mana bayi yang baru lahir memberikan reaksi muka yang melucukan membuatkan kita geli hati, lebih-lebih lagi jika mimik muka yang diberikan menyerupai orang dewasa.
Bayi yang baru lahir kadang kala boleh kelihatan seperti orang yang telah lama hidup dengan ekspresi muka mereka yang penuh makna, tetapi sebenarnya perkara itu terjadi atas beberapa faktor seperti sistem saraf mereka yang belum matang dan otot muka mereka yang masih lemah.
Seperti yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular di Twitter baru-baru ini, reaksi bayi yang baru dilahirkan ini membuat netizen geli hati.
Ketika dipegang dalam dakapan, bayi tersebut menjeling ke arah ibunya dan memandang atas bawah ketika wanita itu sedang berbual-bual dengannya. Dia kemudian melihat ke sekeliling sebelum membuat reaksi menyampah dan jijik.Ptdrr quelque chose me dit qu’il s’attendait à mieux 😠pic.twitter.com/zyXVhEKtvf
— GammeDIvoirien🇨🇮 (@CommeIvoir) February 8, 2021
Mimik muka bayi berkenaan yang menggambarkan pelbagai perasaan orang matang mengundang pelbagai komen lucu.
sumber: @CommeIvoir