Kontrak Shuk Sahar Di Tamatkan Hot FM, Bukan Lagi Penyampai Radio - Keli Merah -->

Stesen radio popular Hot FM mengumumkan bahawa kontrak perkhidmatan penyampai radio slot Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk Sahar ditamatkan bermula hari ini.

Menurut laporan mStar Online, Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, berkata keputusan itu dicapai selepas siasatan dalamn syarikat mendapati bahawa Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini.

“Selepas siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujio di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM,” jelasnya.

Menurut Anida lagi, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu juga telah pun dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, kontrak perkhidmatan pelawak berusia 35 tahun itu sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi tujuan siasatan secara terperinci berhubung kes kecurangannya yang tular di laman sosial.

Sumber: mStar

Kontrak Shuk Sahar Di Tamatkan Hot FM, Bukan Lagi Penyampai Radio

Load Comments

Notifications

Disqus Logo