eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pelanggan Ini Berang, Bila Terima Bungkusan Di Baluti Seluar Dalam

 


Seminggu dua ini kecoh di media sosial isu sebuah Syarikat Perkhidmatan Kurier, J&T Express dikatakan memberikan perkhidmatan yang tidak bagus kepada pelanggan seperti membaling barang yang di pos.

Malah, ada yang pengguna media soaial memberitahu bahawa terdapat segelintir pekerja dari sayarikat tersebut memohon agar tidak menggunakan perkhidmatan mereka kerana kes komisyen pekerja dipotong.

Kini timbul lagi satu kes viral tentang bungkusan barang yang diterima dibalut dengan seluar dalam wanita berwarna merah jambu.

Menurut pengguna tersebut, jika kotak barang dalam keadaan kemek dia tidak ambil pusing tapi jika perkara ini berlaku, dia sangat kecewa dengan perkhidmatan pihak pengurusan J&T.

Menerusi perkongsian di Facebook, Mamaayu Admia Ayunormaslinda menyatakan tindakan itu sangat mela.mpau walaupun barangan yang diterimanya dalam keadaan baik.

Berikut status yang di muat naik 

Sangat mengecewakn kami sebagai seller dn juga Customer 
Hari ni barang yang  husband order sampai 
Dengan box dibalutkan  menggunkan seluar dalam ni. Sangat2 melampau. 
Barang memang dalam keadaan baik
Kotak kemek habis saya tak kisah sangat
Tapi kenapa sampai dalam keadaan mcm ni. 😥😥
.
Pihak atasan J&T tolong selesaikan masalah ini. Hak saya sebagai pengguna 
Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.