Kehilangan ibu bapa menjadi antara perkara paling ditakuti oleh setiap insan yang bergelar anak. Hal ini kerana sebagai seorang anak pasti mahu mengembirakan kedua-dua ibu bapa sebelum mereka meninggalkan kita.
Tular di aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama Elisac memuat naik satu video yang memaparkan kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak akibat pemergian bapa tersayang.
Azankan bapa untuk kali terakhir
@elisaaaac Reply to @liaangkubur_ pas bayi diadzanin bapaknya, sekarang gantian wahyu adzanin bapak🥺😠#fy #fyp #foryoupage #sad #inmemoriam
♬ Peace Be Upon You - Maher Zain
Peristiwa duka ini harus dilalui oleh kanak-kanak tersebut yang bernama Wahyu berasal dari Indonesia. Sebelum arwah dikebumikan, dia mengambil peluang terakhir untuk meluangkan azan buat Allahyarham bapanya.
Walau bagaimanapun, Wahyu tidak dapat menahan sabak dan terpaksa menangis sebelum air mata dilap oleh seorang pemuda yang turut berada di situ kerana takut terkena jenazah bapanya.
Ketabahan dan kekuatan si kecil menerima pujian daripada warganet selain turut bersedih melihat keperitan yang dilalui oleh budak lelaki tersebut.
Sumber: elisaaaac