eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sedih Tengok Abang Rider Gigih Peluk Barang Customer Dengan Bawak Motosikal

 


Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai servis penghantaran kurier J&T yang mempunyai isu kakitangan mereka yang mencampak parcel sesuka hati sehingga menjadi bualan hangat warganet.

Namun, pihak syarikat sudah memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung dengan isu yang terkait dengan syarikat berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak semua cawangan J&T seperti itu kerana masih ada kakitangan yang lain berusaha bersungguh-sungguh untuk bekerja dan menjaga barang-barang customer dengan baik.

Tular satu video pendek di TikTok menerusi akaun @ellamustaffa dimana kelihatan seorang rider J&T gigih membawa barang-barang yang perlu dihantar kepada customer.


@ellamustaffa

Sempat record 5 sec je. Pukul 5 ptg. Semoga staff2 jnt & courier lain tabah. Terima kasih beri perkhidmatan terbaik & amanah dengan barang customer.

♬ original sound - Ella Junni
Menerusi video berkenaan, kelihatan rider tersebut membawa banyak barang pada bahagian kiri, kanan, depan mahupun belakang bahagian motor yang berpotensi untuk menghalang pandangannya.

Walaupun video itu hanya berdurasi 5 saat tetapi boleh nampak rider tersebut berusaha sebaik mungkin untuk hantar barang customer dengan selamat.

Sehingga jam 5 petang, rider J&T masih lagi bekerja untuk memastikan barang-barang selamat sampai ke tangan customer.


Kredit: ellamustaffa